logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI LEPASAN STPM/ SETARAF DIUMUM PADA 6 SEPTEMBER 2024


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan STPM/ Setaraf (STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi dan Diploma) akan diumumkan pada 6 September 2024 (Jumaat).

Keputusan boleh disemak mulai 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan;
i. https://jpt.utm.my
ii. https://jpt.uum.edu.my
iii. https://jpt.unimas.my
iv. https://jpt.ums.edu.my
v. https://jpt.umt.edu.my

b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 September 2024 hingga 15 September 2024 di laman web UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 7 September 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 6 September 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 15 September 2024, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel : 03-8684 2363
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram : @KEMASUKANBPKA
TikTok : BKPAUPU

Kementerian Pendidikan Tinggi
5 September 2024

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Bagi Lepasan Stpm/ Setaraf Diumum Pada 6 September 2024 (273 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5711
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 03:07:22.

logo-sirim