logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT SENTIASA PANTAU PERKEMBANGAN TERKINI KEMATIAN PELAJAR UUM


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Semester 4, Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), Universiti Utara Malaysia (UUM), Vinosiny A/P R. Sivakumar yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Pihak KPT masih menunggu laporan penuh punca kematian sebenar pelajar tersebut yang masih dalam siasatan dan kini sedang menunggu laporan makmal.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga (3) laporan yang perlu diperoleh bagi melengkapkan siasatan terperinci iaitu dari pihak Hospital Sultanah Bahiyah, Jabatan Kimia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

UUM juga telah memberi komitmen kepada KPT untuk memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkenaan agar siasatan telus dapat dilakukan dengan sebaiknya.

KPT berharap semua pihak yang terlibat dapat bersabar menunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

Sekian.

DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

26 Mei 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media KPT Sentiasa Pantau Perkembangan Terkini Kematian Pelajar UUM (54 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10668
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim