logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

BAUCAR BUKU MADANI GALAKKAN PEMBUDAYAAN AMALAN
MEMBACA DAN MENIMBA ILMU


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman insentif Baucar Buku MADANI bernilai RM100 untuk semua pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta.

Keprihatinan Kerajaan MADANI ini adalah satu langkah yang amat tepat dalam usaha kita menyuntik semangat dan menggalakkan mahasiswa IPT untuk terus membudayakan amalan membaca serta aktif menimba ilmu pengetahuan.

Ia bukan sekadar sebuah insentif bermakna untuk mahasiswa, malah merupakan satu pelaburan besar dalam usaha Kementerian melahirkan bakat terbaik negara yang holistik dan berdaya saing.

Menerusi insentif yang diberikan ini, KPT optimis ia mampu menggalakkan mahasiswa untuk terus membudayakan amalan membaca, merancakkan wacana intelektual di kampus, dan seterusnya memugar budaya keilmuan yang sentiasa dahagakan pengetahuan.

Kementerian akan memperincikan maklumat lanjut mengenai syarat, kaedah pelaksanaan, dan proses penebusan baucar dalam masa terdekat.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
30 Mei 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Baucar Buku MADANI Galakkan Pembudayaan Amalan Membaca dan Menimba Ilmu(124 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 1237
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 04 Jun 2026, 06:56:04.

logo-sirim