Permohonan Maklumat
Kementerian melalui Seksyen Data, BPPD KPT menyediakan perkhidmatan perkongsian data kepada awam. Kategori data yang terlibat ialah:-
BIL. | KATEGORI | KETERANGAN |
---|---|---|
1. | Kategori A (Data bersifat umum dan mudah) |
Kategori ini meliputi data dan maklumat yang mempunyai kepentingan umum, lazimnya disebar luas oleh UPD melalui penerbitan atau secara elektronik. Contohnya, data yang diterbitkan di dalam Buku Perangkaan Pendidikan Tinggi Malaysia, Risalah Maklumat Asas Pendidikan, Quick Facts atau Buku Trend Indikator Pendidikan Tinggi. |
2. | Kategori B (Data kompleks tetapi bersifat umum) |
Data kategori ini memerlukan penganalisisan yang lebih panjang dan pemahaman data yang lebih mendalam, ada kalanya memerlukan pengetahuan statistik yang mencukupi. Data dan maklumat berbentuk ini biasa diperlukan oleh agensi‐agensi kerajaan seperti UPE, DOSM, MAMPU, agensi luar negara, para penyelidik dari dalam dan luar negara, kerajaan negeri dan badan‐badan berkanun. |
3. | Kategori C (Data Sulit dan Maklumat Terhad) |
Data kategori ini mengandungi unsur‐unsur sensitif seperti agama, bangsa, kaum dan lain‐lain maklumat yang telah diklasifikasikan sebagai sensitif. Data ini lazimnya dikongsi antara agensi‐agensi kerajaan yang difikirkan wajar sahaja dan tidak di kongsi dengan pihak bukan kerajaan. Penggunaan data ini terhad HANYA seperti yang dinyatakan dalam tujuan permohonan. |
4. | Kategori D (Data dan Maklumat Rahsia) |
Data kategori ini mengandungi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat kediaman, nombor telefon, PNGK dan lain‐lain yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 |
* Data Kategori C dan D tidak boleh dikemukakan kepada mana-mana penyelidik,pelajar, orang awam atau pihak swasta.
Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan pdf Borang Permohonan Data KPT (199 KB) .
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 35849