Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)
Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (Higher Institution Centres of Excellence, HICoE) merupakan sebuah program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi memacu kecemerlangan penyelidikan IPT di dalam bidang penyelidikan nic. Melalui program ini, JPT memberi penarafan HICoE kepada pusat kecemerlangan (Centre of Excellence, CoE) yang berprestasi tinggi dalam bidang penyelidikan nic.
HICoE yang telah diiktiraf telah menghasilkan impak kepada penghasilan bakat baru penyelidikan, penerbitan jurnal berimpak tinggi serta penghasilan inovasi yang dapat memberi bermanfaat kepada akademia, industri, kerajaan, komuniti dan persekitaran. Pemantauan prestasi secara berkala akan dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaan selari dengan objektif program HICoE serta sebagai asas bagi penyaluran dana penyelidikan HICoE yang seterusnya.
Bidang NIC Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)
Senarai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE)
BATCH 1 2010 | BATCH 2 2012 | BATCH 3 2015 | BATCH 4 2016 | BATCH 5 2017 | BATCH 6 2019 | BATCH 7 2020 | BATCH 8 2022 |
---|---|---|---|---|---|---|---|
UMPEDAC, UM UMBI, UKM IBS, UPM INFORMM, USM CDR, USM ARI, UiTM |
INOS, UMT |
PRC, UM IOES, UM REDAC, USM IMEN, UKM WCC, UTM CISIR, UTP |
AMTEC, UTM IKG, UTM |
INTROP, UPM ITAFoS, UPM |
TIDREC, UM CBBR, UTP |
AKUATROP, UMT |
ISE, UNITEN |
Teras Penyelidikan dan Inovasi
Definisi:
Sebuah pusat yang melaksanakan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan dan rundingan kepada industri dan masyarakat. Lebih 70% aktiviti yang dilaksanakan oleh pusat ini bertumpu kepada penyelidikan dan inovasi manakala kurang 30% meliputi aspek perkhidmatan dan rundingan.
Syarat Asas Permohonan:
- Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT;
- Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
- Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan sekurang-kurangnya lime (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut;
- Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri;
- Pusat Kecemerlangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang staf akademik sepenuh masa berjawatan tetap; dan
- Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang nic.
Instrumen HICoE Teras Penyelidikan dan Inovasi
Seksyen | Kriteria | Markah Penuh |
---|---|---|
A | Maklumat Asas | - |
B | Kuantiti & Kualiti Penyelidikan | 15 |
C | Kuantiti & Kualiti Penyelidik | 35 |
D | Kuantiti & Kualiti Pascasiswazah | 10 |
E | Inovasi | 15 |
F | Perkhidmatan Profesional & Hadiah | 10 |
G | Rangkaian & Hubungan | 12 |
H | Sumber | 3 |
TOTAL | 100 |
Pemarkahan minimum:
- Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
- Memperoleh 48 markah daripada jumlah markah Seksyen B, C dan D
HICoE Teras Perkhidmatan
Definisi:
Sebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Lebih daripada 70% aktivitinya hendaklah meliputi aspek perkhidmatan dan perundingan, manakala kurang daripada 30% meliputi aspek penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran.
Syarat Asas:
- Pusat Kecemerlangan hendaklah ditubuhkan oleh IPT;
- Penubuhan Pusat Kecemerlangan hendaklah diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
- Pusat Kecemerlangan hendaklah telah ditubuhkan sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan mempunyai rekod/bukti bagi pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tersebut;
- Pusat Kecemerlangan telah beroperasi sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) dengan bajet operasi tersendiri;
- Pusat Kecemerlangan hendaklah mampu menampung kos operasi apabila diiktiraf dan mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos operasi dan 50% emolumen selepas tiga tahun (3) diiktiraf sebagai HICoE; dan
- Pusat Kecemerlangan perlu menyerlah dalam sekurang-kurangnya satu (1) bidang nic.
Instrumen HICoE Teras Perkhidmatan
Seksyen | Kriteria | Markah Penuh |
---|---|---|
A | Maklumat Asas | - |
B | Perkhidmatan | 15 |
C | Rangkaian dan Jaringan Kolaborasi | 35 |
D | Penyelidikan | 10 |
E | Pengiktirafan dan Impak | 15 |
F | Sumber | 10 |
TOTAL | 100 |
Pemarkahan minimum:
- Memperoleh 80 markah daripada markah keseluruhan; DAN
- Memperoleh 56 markah daripada jumlah markah Seksyen B dan D
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 29701