Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi di bawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

SULTANATE OF OMAN GOVERNMENT SCHOLARSHIP

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Program Kerjasama Kebudayaan dan Saintifik Oman (The Omani Program for Cultural and Scientific Cooperation) bagi tahun akademik 2026/2027. 

 Biasiswa tajaan penuh ini ditawarkan khusus untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Oman.

▪️Info Pengajian & Bidang:
🔹Peringkat Pengajian: Ijazah Sarjana Muda (Undergraduate / Bachelor's Degree).
🔹Pilihan Bidang: Bebas memilih pengajian minor/major yang ditawarkan oleh institusi swasta di Oman.
🔹Nota: Penajaan tidak merangkumi bidang Perubatan (Umum/Manusia), Pergigian, Farmasi, Sains Makmal Perubatan, dan Pendidikan.
▪️Syarat Kelayakan Utama:
🔸Warganegara Malaysia dan tidak menetap di Oman.
🔸Berumur tidak melebihi 23 tahun semasa memohon.
🔸Memiliki Sijil Diploma Pendidikan Am (General Education Diploma) atau setaraf yang tamat pada tahun akademik 2025/2026 sahaja.
🔸Memperoleh gred keputusan minimum tidak kurang daripada 75%.
🔸Sihat fizikal dan mental.
📧 Bagi urusan Penghantaran Borang & Dokumen Sokongan, anda perlu menghantarnya melalui e-mel kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya..
📧 Untuk sebarang Pertanyaan Lanjut, sila hubungi Bahagian Pengajian Siswazah dan Tajaan, Kementerian Pendidikan Oman dengan menghantarkan e-mel ke alamat Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya..

Tempoh Permohonan: 15 Julai 2026 hingga 15 Ogos 2026.

WhatsApp Image 2026 07 17 at 11.34.28

 

  • Last updated on .
  • Hits: 65
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 23 Julai 2026, 10:20:40.

logo-sirim