BIASISWA KERAJAAN SWITZERLAND
Biasiswa ini dibuka kepada penyelidik muda yang telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran, dan ingin melanjutkan pengajian atau menjalankan penyelidikan di institusi Switzerland (seperti universiti, university of applied sciences, ETH Zurich, EPFL, serta institut penyelidikan persekutuan termasuk PSI, WSL, Empa dan Eawag).
Kategori biasiswa yang ditawarkan:
i. Research Fellowship
ii. PhD Scholarship
iii. Postdoctoral Scholarship
Tarikh permohonan dibuka: 20 Ogos 2026
Tarikh tutup permohonan: 30 November 2026
Pemohon dikehendaki mendapatkan sokongan rasmi daripada penyelia akademik di Switzerland bagi menyelia dan menyokong projek penyelidikan yang dicadangkan.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi: https://www.sbfi.admin.ch/en/swiss-government-excellence-scholarships

- Last updated on .
- Hits: 66
