Bahagian Dasar dan Penyelidikan
Latar Belakang
- Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar (BPPD) telah ditubuhkan selaras dengan perpisahan semula Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 10 Mac 2020 yang lalu.
- Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan cadangan penstrukturan semula Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) pada April 2022. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meluluskan Waran Perjawatan Bil. S56 Tahun 2022 bertarikh 27 April 2022 melibatkan penstrukturan semula BPPD kepada dua (2) bahagian baharu iaitu: Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022.
- Penjenamaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) kepada Bahagian Dasar Dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) bertujuan memastikan pembahagian tugas yang lebih berfokus dan efektif. Keadaan ini disebabkan oleh terdapatnya tambahan fungsi dan peranan dalam memastikan pembangunan, pelaksanaan dan pemantuan dasar pendidikan tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
- Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional Negara telah dipindahkan kepada BDP bermula 18 Julai 2022 dan Pemindahan perjawatannya telah diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 8 Ogos 2022.
- Bahagian Dasar Dan Penyelidikan merangkumi Seksyen berikut:
- Seksyen Dasar Strategik;
- Seksyen Modal Insan; dan
- Seksyen Penyelidikan Dan PPRN
Objektif
- Mengurus dan memantau akta/ dasar/ pelan utama negara yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
- Merancang dan menggubal akta/ dasar utama pendidikan tinggi negara bagi memastikan ia menepati dasar dan aspirasi pendidikan tinggi negara.
- Menyelaras dan menyediakan input serta pendirian KPT berhubung akta/ dasar/ mesyuarat yang mempunyai hubungkait dengan pendidikan tinggi yang dilaksanakan oleh kementerian/jabatan/agensi lain.
- Merancang, mengurus setia, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas KPT berkenaan dasar utama negara bagi memastikan ia menepati hala tuju pendidikan tinggi negara.
- Merancang, mengurus setia, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas KPT berkenaan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan projek PPRN bagi memastikan industri mendapat manfaat daripada hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh IPTA.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan kajian polisi pendidikan bagi memastikan kajian yang dilaksanakan menepati keperluan dasar dan aspirasi pendidikan tinggi negara.
Struktur Organisasi

Fungsi
Seksyen Perancangan Strategik
- Unit Perancangan Pendidikan Tinggi
- Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan blue print, dasar makro dan akta baharu pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM).
- Menyediakan input ulasan/ laporan terhadap kertas dasar/ MJM/ MOU oleh Jabatan / Bahagian/ Agensi di bawah KPT berdasarkan akta/ dasar makro dan pelan tindakan yang berkuat kuasa.
- Menyelaras penyediaaan kertas kerja dan ulasan berkaitan dasar kepada YB Menteri/YB Timbalan Menteri sebagai ahli mesyuarat.
- Memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada Jabatan/Bahagian/Agensi di bawah KPT dan agensi luar berkaitan dasar pendidikan tinggi.
- Menyediakan input ulasan berkaitan dasar pendidikan tinggi bagi pelaporan dan kerjasama badan antarabangsa serta lawatan rasmi YBM/YBTM/KSU ke luar negara.
- Menyediakan input teks ucapan YBM/YBTM/KSU/TKSU berkaitan dasar pendidikan tinggi bagi program strategik KPT.
- Merancang dan melaksanakan Seminar Perancangan Hala Tuju KPT yang dirasmikan oleh YBM.
- Unit Penyelarasan dan Pemantauan.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan Dasar dan Penyelidikan KPT (JKPDP) yang dipengerusikan oleh KSU.
- Memantau, menyelaras dan melaporkan berkaitan pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di peringkat KPT (Inisiatif di bawah Amalan Baik Peraturan) (Good Regulatory Practice).
- Menyelaras dan menguruskan Key Performance Indikator (KPI) SUB (D) dan cadangan KPI TKSU(D) serta KSU daripada BDP.
- Merancang, menggubal, mengurus, menyelaras, menyedia input ulasan/ laporan kepada Jabatan/Bahagian/Agensi di bawah KPT dan agensi luar yang berkaitan pendigitalan pendidikan tinggi dan teknologi kecerdasan buatan.
- Menyelaras aktiviti penambahbaikan dasar/ akta sedia ada pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM) yang berkaitan pendigitalan pendidikan tinggi dan teknologi kecerdasan buatan.
- Memantau, menyelaras dan melaporkan pelaksanaan/ pencapaian aktiviti berkaitan MED4IRN, MyDIGITAL dan NAIO.
- Unit TVET
- Merancang , mengurus dan menyelaras aktiviti pembangunan dan penggubalan akta/ dasar pendidikan tinggi berkaitan TVET melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/ Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/ Nota Jemaah Menteri (NJM) bagi memantapkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan.
- Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/akta/MJM berkaitan pendidikan TVET daripada Kementerian/ Agensi luar atau Bahagian/ Jabatan/ Agensi di peringkat KPT berdasarkan akta, dasar, peraturan dan pelan tindakan yang berkuat kuasa bagi memantapkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan.
- Menyediakan input berkaitan dasar pendidikan tinggi berkaitan TVET bagi pelaporan dan kerjasama badan antarabangsa.
- Menyelaras , memantau dan melaporkan pelaksanaan dasar/ program/ inisiatif dan maklum balas mesyuarat berkaitan TVET Kementerian Pendidikan Tinggi di peringkat nasional kepada Sekretariat Majlis TVET Negara bagi memantapkan urus tadbir dan memperkasa Agenda TVET Negara di peringkat nasional.
- Menyelaras, memantau dan memudahcara pelaksanaan dasar/program/inisiatif strategik berkaitan TVET di peringkat Kementerian melalui koordinasi bersama JPT (MTUN), JPPKK, MQA dan GITC bagi memantapkan urus tadbir dan memperkasa Agenda TVET Kementerian dan negara.
- Membantu memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi TVET kepada Kementerian/Bahagian/Jabatan/Agensi yang berkaitan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
Seksyen Modal Insan
- Unit Pembangunan Insan
- Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku penyelaras Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi semua bidang keutamaan, strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun;
- Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selaras dengan Lonjakan 3 yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), 2015-2025 [PPPM(PT)];
- Mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi seperti berikut;
- Dasar Gaji Progresif
- Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030
- Dasar Sumber Manusia Negara 2025-2030
- Dasar Sosial Negara
- Dasar Warga Emas Negara (DWEN) & Pelan Tindakan Warga Emas Negara 2026-2030 (PTWEN)
- Dasar Kanak-kanak Negara & Pelan Tindakan Dasar Kanak-Kanak Negara 2025-2030
- Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara & Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK)
- Dasar Wanita Negara (DWN) & Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW) 2025-2030
- Dasar Orang Kurang Upaya & Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (PTOKU) 2026-2030
- Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2022-2025
- Dasar Buku Negara
- Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Fasa II 2021-2025
- Kajian Reformasi Pendidikan Negara
- Pelan Rangka Tindakan Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Nasional 2021-2030
- Agenda Negara Menua (ANM)
- Kajian Rangka Tindakan Ekonomi Biru (MBEB)
- Kajian Rangka Kerja Ekonomi Kitaran di Malaysia
- Financial Literacy National Strategy 2026-2030 (NS2.0)
- Pelan Tindakan Sara Hidup
- Kajian Pembangunan Dasar Sumber Manusia Negara
- Kajian Kebolehlaksanaan Gaji Minimum Graduan dan Pelaksanaan Gaji Minimum Mengikut Kumpulan Pekerjaan
- Gender Focal Point (GFP) & Gender Focal Team (GFT)
- Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)
- Convention On The Rights Of Persons Wat Disabilities (CRPD)
- Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Fasa II 2021-2025 (SGD 4: Pendidikan Berkualiti)
- Pengambilan dan Penempatan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Unjuran Keperluan Guru KPM
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagai ahli;
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai ahli;
- Menyediakan ulasan dan maklum balas berhubung Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan dengan akta, dasar, pelan tindakan dan kajian melibatkan Kementerian/Agensi berkaitan.
Kementerian yang terlibat: KE, KESUMA, KPWKM, KPDN, KPM, KUSKOP, MOF.
- Unit Kordinasi Dasar
- Mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi seperti berikut:
- Dasar Keselamatan Negara 2021-2025
- Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 18: Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan (Semakan Semula 2023) & Garis Panduan bagi Meningkatkan Keselamatan Tempat dan Kemudahan Awam daripada Ancaman Pengganas
- Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka (Semakan 2023)
- Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) & Pembangunan Model Pendidikan Tahfiz Peringkat Pengajian Tinggi
- Dasar Perlindungan Sosial
- Kertas Putih Kesihatan
- Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan & Pelan Tindakan Perubatan Tradisional dan Komplementari 2018-2027 (Penjagaan Kesihatan)
- Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia (DPKM) 2.0 & Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016 - 2025
- Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan 2.0 & Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2024-2030
- Dasar Kesihatan Mental Negara (2012) & Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020–2025
- Dasar Pengangkutan Negara 2019 - 2030 (DPN 2030) & Piagam Program Pelan Pelaksanaan DPN 2030
- Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara & Pelan Tindakan Dasar Dadah Negara Tahun 2024-2030
- Kertas Putih Pertahanan 2021-2030
- Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN)
- Dasar Pembangunan Orang Asli (DPOA)
- Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)
- Dasar Perpaduan Negara & Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030
- Dasar Pelancongan Negara 2020 - 2030
- Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN)
- Dasar Perubahan Iklim Negara
- Penggubalan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN)
- Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan (DKBK) 2022-2030
- Penggubalan Rang Undang-undang Antartika (RUU Antartika)
- Dasar Air Negara (DAN)
- Transformasi Sektor Air (WST) 2040
- Penyelarasan Tindakan Susulan Terhadap Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) (Intervensi di bawah Arahan MKN No. 18)
- Penyediaan Draf Arahan Keselamatan Negara 2025 Dalam Menangani Ancaman Ajaran Sesat Di Malaysia
- Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 29: Pengurusan Gerak Saraf dan Perang Saraf Dalam Aspek Keselamatan Negara
- Konvensyen Senjata Kimia 1993
- Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) 2019-2025
- Program Penghayatan Kenegaraan
- Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (National Human Rights Action Plan, NHRAP)
- Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025
- Cadangan Penubuhan Ombudsman Malaysia
- Akta Perubatan 1971 [Akta 50] (Pegawai Perubatan & Pakar Perubatan, termasuk Program Parallel Pathway)
- Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas 2023-2030
- Malaysia National Health Accounts (MNHA)
- National Health Workforce Account (NHWA)
- Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia, 2022-2030
- Strategi Pengurangan Garam (2010)
- Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia 2023-2025
- Pelan Strategik Pencegahan dan Kawalan Denggi Kebangsaan 2022 - 2026
- Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 [Akta 852]
- Pembangunan Draf Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli
- Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030
- Pelan Induk Industri Halal 2030 (HMP 2030)
- Blueprint Produktiviti Malaysia (MPB)
- Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) 2021-2025
- Koordinasi Program Promosi Eksport
- Akta Perdagangan Strategik 2010 (Strategic Trade Act, STA 2010) [Akta 708]
- Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy-NSS) & Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan 2030
- Cadangan Inisiatif Penukaran Pas Pelajar Antarabangsa Yang Tamat Pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Tempatan kepada Pas Penggajian (Employment Pass - EP)
- Pelan Keselamatan Jalan Raya (PKJRM) 2022-2030
- Sustainable Railway Development Framework
- Inisiatif FLYsiswa
- Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) 2024-2028
- Pengurusan Pekerja Asing (KDN & KESUMA)
- Pembangunan Garis Panduan Penapisan Filem Baharu
- Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan
- Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin (KSBT)
- Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0)
- Program Penghayatan Pendidikan Rukun Negara
- Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI)
- Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030), Kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3) & Pembangunan Pelan Tindakan Dasar Mineral Negara 3 (DMN3)
- Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia (MyNAP)
- Program Kampus Lestari Anugerah Alam Sekitar (KLAAS)
- Marine Biodiversity of Areas Beyond National Jurisdiction (BBNJ) di bawah United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS 1982)
- National Communication dan Biennial Update Report (BUR) di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change, UNFCCC)
- Mengurussetiakan Sesi Kunjungan Hormat oleh EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap portfolio pendidikan tinggi kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi bagi isu-isu umum berkaitan pendidikan tinggi negara.
- Menyelaras persediaan Majlis Menghadap/Kunjungan Hormat YB Menteri Pendidikan Tinggi ke atas Canselor Universiti Awam.
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
- Menyediakan ulasan dan maklum balas berhubung Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan dengan akta, dasar, pelan tindakan dan kajian melibatkan Kementerian/Agensi berkaitan.
Kementerian yang terlibat: JPM, KKM, MITI, KDN, KKDW, KLN, KKR, MINDEF, KPN, MOT, MOTAC, NRES, PETRA
- Mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi seperti berikut:
- Unit Kordinasi Dasar 2
- Merancang, mengurus, memantau dan menyelaras perkara-perkara berkaitan agenda pemerkasaan Bumiputera selaras Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35) di peringkat KPT dan agensi di bawahnya (Universiti Awam/ IPTS/ Politeknik/ Kolej Komuniti).
- Melaporkan pelaksanaan ikhtiar melibatkan Kementerian di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35) di bawah agensi peneraju.
- Melaksanakan fungsi Unit Pemerkasaan Agenda Bumiputera (UPAB) Kementerian melibatkan agenda pemerkasaan Bumiputera di bawah agensi peneraju.
- Mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi seperti berikut:
- Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (DSTIN) 2021-2030 & Pelan Tindakan DSTIN 2021-2030
- Dasar Bioteknologi Negara 2.0
- Dasar & Pelan Tindakan Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2021-2030
- Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 & Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025
- Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022, Dasar Angkasa Negara 2030 & Pelan Strategik Industri Angkasa
- Dasar Belia Malaysia & Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035
- Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 & Pelan Tindakan DAN 2.0 2021-2030
- Dasar Landskap Negara (DLN) 2.0
- Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) & Pelan Tindakan DKIN
- 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation & Economy (MySTIE) Framework
- Pelan Hala Tuju Elektrik dan Elektronik: Pembangunan Teknologi 2021-2030
- Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) 2021-2025
- Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara 2021-2025
- National Technology and Innovation Sandbox (NTIS)
- Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER)
- Pelan Hala Tuju Robotik Negara 2021-2030 (National Robotics Roadmap-NRR) & Strategi Pembangunan Bakat dan Penubuhan Akademi Pembangunan Bakat Robotik (Robotics Talent Development Academy-RoTDA) di bawah NRR
- Pelan Hala Tuju Teknologi Bahan Termaju Negara 2021-2030 (National Advanced Materials Roadmap–NAdMTR)
- Projek MyGENOM (MOSTI & KKM)
- Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN)
- Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (Hydrogen Economy and Technology Roadmap–HETR)
- Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
- Kluster Teknologi Baharu Muncul (Emerging Technology) (di bawah Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara)
- Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030
- Program Rakan Muda
- Sistem e-MYInd
- Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021-2025
- Program Inovasi Nasional Terjaminan Agromakanan Rakyat 2030 (PINTAR30)
- Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030
- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia
- Pelan Tindakan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) 2021-2025
- Blueprint Ekonomi Kitaran Bagi Sisa Pepejal Di Malaysia
- Kluster Infrastruktur Digital (ID) (di bawah Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara)
- Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM)
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
- Menyelaras penyediaan input/nota makluman bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
- Menyediakan ulasan dan maklum balas berhubung Memorandum Jemaah Menteri (MJM) berkaitan dengan akta, dasar, pelan tindakan dan kajian melibatkan Kementerian/Agensi berkaitan.
Kementerian yang terlibat: MOSTI, KPKM, KPK, KPKT, KBS, KK, KD
Seksyen Penyelidikan & PPRN
- Unit PPRN
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan dana Public Private Research Network (PPRN) diantara institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri merangkumi:
- Pembukaan permohonan
- Saringan dan penilaian permohonan
- Penawaran projek
- Penyaluran peruntukan
- Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat berikut:
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Dana PPRN
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Dana PPRN
- Merancang dan melaksanakan pemantauan projek PPRN melalui Bengkel Pemantauan Projek serta mengadakan lawatan tapak di premis syarikat/ penyelidik bagi tujuan pemberian status projek.
- Merancang dan menguruskan promosi ( fizikal dan media sosial) serta hebahan projek PPRN kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam projek PPRN
- Menyediakan input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) serta pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melibatkan dana padanan PPRN.
- Memberi khidmat rundingan, input dan ulasan berkaitan pengurusan dana PPRN kepada Kementerian-Kementerian yang mempunyai kepentingan dengan PPRN.
- Menyediakan pelaporan berkaitan pelaksanaan PPRN kepada SME Corp, Kementerian Pembangunan Usahawan, MOSTI dan lain - lain Kementerian yang berkaitan.
Dana Inovasi Sosial dan Kajian Sosial
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan dana Inovasi sosial dan Kajian sosial ( DIS) diantara institusi pengajian tinggi ( IPT) dan perusahaan sosial merangkumi:
- Pembukaan permohonan
- Saringan dan penilaian permohonan
- Penawaran projek
- Penyaluran peruntukan
- Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat berikut::
- Mesyuarat JawatankuasaTeknikal Dana Inovasi Sosial KPT;
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Inovasi Sosial KPT; dan
- Merancang dan melaksanakan pemantauan projek DIS melalui Bengkel Pemantauan Projek serta mengadakan lawatan tapak di premis perusahaan sosial / penyelidik bagi tujuan pemberian status projek
- Merancang dan menguruskan promosi serta hebahan dana DIS kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam projek DIS
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan dana Inovasi sosial dan Kajian sosial ( DIS) diantara institusi pengajian tinggi ( IPT) dan perusahaan sosial merangkumi:
- Menyediakan input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) serta pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melibatkan dana Inovasi dan Kajian Sosial
- Menyediakan pelaporan berkaitan dasar inovasi sosial dan kajian sosial
- Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan Dana Inovasi sosial dan kajian sosial kepada IPT yang terlibat.
- Merancang dan menguruskan pelaksanaan dana Public Private Research Network (PPRN) diantara institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri merangkumi:
- Unit Penyelidikan
- Merancang hala tuju penyelidikan dan inovasi peringkat Kementerian secara berpusat/bersepadu selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi.
- Merancang bidang strategik yang menjadi keutamaan negara untuk pertumbuhan ekonomi iaitu bidang tujahan Malaysia.
- Membuat perancangan dan pelaporan peruntukan tahunan / berkala penyelidikan dan inovasi peringkat Kementerian secara menyeluruh.
- Meningkatkan kesalinghubungan yang sistematik dan perkongsian strategik merentas lingkaran lima (5) pihak (quintuple helix) bagi memastikan penyelidikan yang lestari.
- Memberi khidmat rundingan, input dan ulasan berkaitan kajian dan penyelidikan dasar bagi pihak KPT dengan Kementerian-Kementerian lain.
- Merancang, menyelaras dan mengurus setia mesyuarat berikut:
- Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding Kajian Dasar Pendidikan Tinggi Negara;
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dana Penyelidikan KPT; dan
- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Dana Penyelidikan KPT.
- Merancang, mengurus dan melaksanakan hal-hal berkaitan perolehan perkhidmatan perunding.
- Merancang dan memantau pelaksanaan kajian-kajian dasar yang merangkumi 4 peringkat laporan iaitu:
- Laporan Awal;
- Laporan Interim;
- Laporan Draf Akhir; dan
- Laporan Akhir.
- Mengeluarkan arahan bayaran berperingkat kepada perunding.
- Menilai keupayaan hasil-hasil kajian dasar pendidikan tinggi untuk tujuan penterjemahan kepada dasar / penambahbaikan kepada dasar sedia ada.
- Mengurus, memantau dan menjadi sekretariat kepada sistem Research Management System (RMS).
- Membuat pelaporan keseluruhan sistem RMS kepada Pengurusan Tertinggi KPT dan lain-lain.
- Menyelaras isu-isu teknikal RMS bersama BPM
- Menyediakan input berkaitan penyelidikan kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan sesi libat urus Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu pelaksanaan kajian-kajian di kementerian / agensi Kerajaan lain.
Unit Pentadbiran
- Merancang, melaksana, memantau, dan menyelaras hal-hal berkaitan Pengurusan BDP seperti berikut:
- Pentadbiran Am;
- Pengurusan HRMiS;
- Pengurusan Inspektorat Bahagian;
- Menyelaras Mesyuarat/ Perbincangan Bahagian;
- Pengurusan Kewangan;
- Pengurusan Aset dan Stor;
- Menyelaras Sistem Aduan dan Maklum Balas
- Merancang, melaksana, memantau, dan menyelaras hal-hal berkaitan Pengurusan BDP seperti berikut:
Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat
Bahagian Dasar Dan PenyelidikanKementerian Pendidikan Tinggi
Aras 13, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
- Last updated on .
- Hits: 37394
