YBM melawat keluarga Allahyarham Muhammad Hazri Asliyas di Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Seusai program di Program Sumbangan Simpan SSPN kepada Pelajar Asnaf di Merbok, Kedah, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bergegas ke Salak Tinggi, Sepang, Selangor untuk melawat keluarga Allahyarham Muhammad Hazri Asliyas.

Arwah yang merupakan kakitangan USIM dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum terbabit dalam kemalangan tersebut.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut Dato’ Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM dan Encik Mansor bin Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPT.

Semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan ahli keluarganya diberikan kekuatan untuk menempuhi ujian ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 779
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim