KSU Rasmi Jom Masuk IPT 2022 Zon 2 Utara, Perak

12 Februari 2022

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah merasmikan Program Jom Masuk IPT 2022 bagi Zon 2 Utara yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak pagi tadi.

UPSI menjadi destinasi kedua persinggahan bagi jelajah ini yang disertai 60 pempamer dari IPT awam, swasta dan agensi-agensi berkaitan pendidikan tinggi dari seluruh negara.

Destinasi di UPSI kali ini menghimpunkan pengunjung yang terdiri daripada pelajar lepasan sekolah, ibubapa, kaunselor, dan pendidik yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pelbagai kaunter disediakan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi.

Bagi menarik ramai pengunjung, pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah kerjaya, demonstrasi solekan dan permainan maya, kuiz dan cabutan bertuah turut diadakan.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato' Seri KSU turut merakamkan penghargaan kepada semua pempamer atas komitmen dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan dalam menyampaikan maklumat berkenaan pendidikan tinggi kepada masyarakat.

Turut sama dalam majlis perasmian tadi ialah YB Tuan Mohd Zaidi Aziz, ADUN Slim merangkap Ahli Lembaga Pengerusi UPSI, YB Tuan Aminuddin Zulkipli, ADUN Behrang, YBhg. Prof. Dato' Dr Md. Amin Md. Taff, Naib Canselor UPSI dan En. Wahi Nordin, Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 537
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 18 September 2024, 09:29:54.

logo-sirim