Sesi Kunjungan Hormat Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi

6 Mei 2026 I Putrajaya
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Husaini Abdul Rahman pada pagi semalam.
Sesi kunjungan ini diadakan bagi menjalinkan kerjasama strategik antara Parlimen Malaysia dan KPT dalam menjayakan agenda Program Parlimen Belia Malaysia (PBMy). Parlimen Malaysia telah mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan dan pemerkasaan PBMy berkuat kuasa Oktober 2023, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.
PBMy merupakan satu inisiatif strategik negara bagi membangunkan kepimpinan belia secara berstruktur melalui pendedahan kepada sistem demokrasi berparlimen, termasuk penubuhan parti, proses pilihan raya dan persidangan.
Turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Antarabangsa dan Protokol merangkap Ketua Sekretariat Parlimen Belia Malaysia, Encik Muhamad Radzi Ab. Rahman; Penyelidik, Unit Dasar Parlimen Belia Malaysia, Dr. Muhamad Anas Khairul; dan Penyelidik, Unit Dasar Parlimen Belia Malaysia, Encik Izani Kasmin.
Antara wakil KPT yang turut hadir pula ialah Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik (BPS), Puan Fazidah Mustafa; Ketua Penolong Setiausaha BPS, Puan Che Hazwani Che Mansor; Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Encik Asyraf Radzwan; dan Timbalan Pengarah, Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Encik Azizul Azrin Mahmor.
- Last updated on .
- Hits: 18
