'Malaysia-Swiss Nexus': Platform Kerjasama Strategik Memacu Pendidikan Tinggi

'Malaysia-Swiss Nexus': Platform Kerjasama Strategik Memacu Pendidikan Tinggi

4 Jun 2026 l Kuala Lumpur

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Switzerland ke Malaysia, TYT Chantal Moser pada petang ini.

​Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk membincangkan perkembangan mengenai 'Malaysia–Swiss Nexus' iaitu sebuah platform kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Switzerland dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi serta pembangunan bakat.

​Turut dibincangkan adalah potensi memperluas kerjasama dalam aspek mobiliti akademik, Kecerdasan Buatan (AI), transformasi digital, pembangunan mampan, serta pengukuhan jaringan penyelidikan antara kedua-dua negara.

​Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Switzerland dalam memperkukuh hubungan bilateral. Langkah ini juga selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang memberikan penekanan kepada agenda pengantarabangsaan dan kerjasama strategik di peringkat global. 

  • Last updated on .
  • Hits: 28
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 10 Jun 2026, 07:46:50.

logo-sirim