Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka Kali Ke-22 Dirasmikan Ketua Setiausaha KPT

Seramai 475 graduan Politeknik Melaka diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Ke-22 yang berlangsung penuh istiadat di Grand Ballroom, Melaka International Trade Centre.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim yang turut menyampaikan ucapan perasmian menjurus kepada kesinambungan TVET sebagai pilihan utama kerjaya masa hadapan.
Dalam ucapannya juga, beliau menekankan komitmen KPT untuk terus memperkasa laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi 7 Fokus Utama KPT 2025, Penawaran program berasaskan Kecerdasan Buatan (AI), Pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat melalui program Kampung Angkat Madani (KAMI) dan Kolaborasi strategik dengan lebih 20,000 industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
YBhg. KSU turut memaklumkan bahawa sebanyak 32,087 graduan Politeknik dan Kolej Komuniti diraikan di seluruh negara tahun ini menerusi 28 siri majlis konvokesyen.
Dalam mendukung agenda Malaysia MADANI, KPT komited memperkukuh sinergi antara institusi, industri dan masyarakat demi melahirkan graduan TVET yang berkemahiran tinggi, berdaya saing global dan bersifat keusahawanan.
Dengan kadar kebolehpasaran graduan mencecah 98.8%, kejayaan ini mencerminkan keupayaan pendidikan tinggi teknikal kekal relevan dalam memenuhi keperluan industri serta pembangunan negara.
KPT merakamkan penghargaan kepada semua ibu bapa, warga pensyarah, pihak industri dan seluruh ekosistem pendidikan yang menyumbang kepada kejayaan para graduan.
Syabas dan tahniah kepada semua graduan!
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 549