KSU Menerima Kunjungan Hormat daripada Penaung Strands Engineering Sdn. Bhd.
5 Februari 2022
Semalam YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YAM Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Penaung Strands Engineering Sdn. Bhd. di pejabatnya.
Antara intipati pertemuan tersebut adalah sesi penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Strands Engineering Sdn. Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat bumiputera yang berkemahiran dan pengalaman dalam bidang penyelenggaraan Perkhidmatan Kejuruteraa Biomedikal secara komprehensif di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) serta kontrak Konsesi Hospital Kerajaan Malaysia. YBhg. KSU juga diberikan taklimat ringkas mengenai pengalaman syarikat dalam mengendalikan kejuruteraan biomedikal dan penyelenggaraan peralatan biomedikal.
Turut mengiringi YAM Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bagi sesi kunjungan hormat tersebut ialah YBhg. Dato’ Mohamed Suffian Awang, Pengarah Urusan Strands Engineering Sdn. Bhd., Puan Suraidah Ahmad, Pengarah Operasi Strands Engineering Sdn. Bhd dan YBhg. Datuk Veerasamy Selvam, Pengarah Pembangunan dan Pemasaran Strands Engineering Sdn. Bhd.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 843