Kenyataan Media - Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Diumum Pada 14 Ogos 2026

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM
BAGI LEPASAN STPM/ SETARAF DIUMUM PADA 14 OGOS 2026


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) melalui UPUOnline® bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 untuk lepasan STPM/ Setaraf akan diumumkan pada 14 Ogos 2026 (Jumaat).

Keputusan boleh disemak mulai 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my .
b) Secara atas talian melalui pautan, https://upu2.mohe.gov.my .
c) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
d) Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 15 Ogos 2026 hingga 23 Ogos 2026 di laman web UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 15 Ogos 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 14 Ogos 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 23 Ogos 2026, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook, Tiktok & Instagram: BKPA UPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
12 OGOS 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Diumum Pada 14 Ogos 2026(144 KB)

 

  • Last updated on .
  • Hits: 783
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Ogos 2026, 02:43:53.

logo-sirim