logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT PANTAU SITUASI KUALITI UDARA, IPT DIBERI AUTONOMI
TENTUKAN MOD PdP


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapat perkembangan kualiti udara dan telah mengarahkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaannya supaya memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lokaliti masing-masing.

Dalam hubungan ini, pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan. Aktiviti luar turut perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa.

Warga IPT diingatkan supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing.

KPT akan terus memantau keadaan dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
7 OKTOBER 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - KPT Pantau Situasi Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP(125 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 186
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 07 Oktober 2026, 08:32:51.

logo-sirim