logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

SAMBUTAN 40 TAHUN HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HUSM)

19 NOVEMBER 2023


Hadirin yang saya hormati,

  1. Sedar tidak sedar, sudah 40 tahun usia Hospital USM ini.
  1. Sudah pastilah, sepanjang 4 dekad penubuhan dan operasinya, banyak sekali sumbangan yang telah diberikan.
  1. Baik dalam mendidik ribuan graduan dan doktor pelatih.
  1. Mahu pun dalam melahirkan pakar-pakar perubatan yang pintar dan berpengalaman.
  1. Atau dalam menyumbang kepada khazanah ilmu melalui pelbagai penyelidikan dan penemuan baharu yang berguna kepada negara dan masyarakat.
  1. Jadi, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan.
  1. Semua pencapaian sepanjang 4 dekad ini bukan sahaja membanggakan USM, tetapi membanggakan sektor pendidikan tinggi negara. Jadi, pencapaian ini adalah sesuatu yang sememangnya wajar diiktiraf dan diraikan dengan selayaknya.
  1. Namun, jika HUSM ini diumpamakan sebagai seorang individu, maka pada usia 40 tahun, kita wajar mengharapkan individu tersebut untuk menjadi orang yang bukan sahaja pintar.
  1. Tetapi orang yang matang, dewasa dan mempunyai wawasan besar untuk negara dan orang sekeliling.
  1. Jadi, selepas 4 dekad beroperasi, menabur bakti dan melahir ramai graduan berkualiti, sudah pastilah harapan dan jangkaan Kerajaan serta masyarakat juga semakin meninggi terhadap hospital ini.
  1. Kita mengharapkan HUSM untuk tidak sekadar melatih pelajar baharu, atau menjadi medan memberi pendedahan kepada para pakar atau membuat penyelidikan yang bersifat akademik.
  1. Sebaliknya, suka atau tidak, HUSM dijangka dan diharap untuk lebih proaktif dalam mengorak langkah ke hadapan, sederap menyambut aspirasi negara dan keperluan masyarakat.

Hadirin dan hadirat,

  1. KPT kini sedang memberikan perhatian kepada 2 perkara.
  1. Pertama, merakyatkan ilmu.
  1. Ini bermakna, kita mahu sektor pendidikan tinggi mengolah secara strategik segala pengetahuan yang kita ada, dan mengalih secara praktikal dan bermakna segala adunan dan olahan ilmu tersebut ke dalam masyarakat.
  1. Sasaran kita, segala ilmu dan penyelidikan yang dilakukan selama ini mesti menjadi manfaat yang benar-benar dirasai oleh masyarakat dan
  1. Atas dasar itu, kementerian dan saya secara peribadi, sangat Agar segala kemudahan yang ada di universiti dan HPU di bawah KPT digerakkan secara strategik dan rancak untuk kepentingan dan manfaat awam.
  1. Kita sudah sering menegaskan yang ilmu, kepakaran dan pengalaman golongan akademik serta bijak pandai dalam kepelbagaian bidang di universiti tidak akan bermakna, Melainkan semua itu benar-benar dikongsi untuk manfaat orang awam.
  1. Saya yakin, sepanjang kedewasaannya dalam tempoh 40 tahun ini, HUSM mempunyai pelbagai kelebihan untuk ditawarkan kepada masyarakat.
  1. Apatah lagi dalam persekitaran yang menyaksikan pelbagai jenis penyakit serta cabaran dunia perubatan yang semakin kritikal. Sudah pasti banyak ilmu dan inovasi baharu yang harus diterokai.
  1. Selain giat menanam kesedaran kepada masyarakat tentang amalan dan cara hidup sihat. HUSM mesti lebih kerap dan serius untuk keluar dan menerjah masuk ke dalam kalangan masyarakat. 
  1. Mengkaji dan menyelidik. Memerhati dan memahami. Apakah isu-isu kesihatan setempat. Bagaimana semua itu boleh diuruskan. Dan apakah yang perlu dilakukan oleh pembuat dasar dan pihak-pihak lain seperti Kementerian Kesihatan.
  1. Ini bermakna, selain mengajar dan membuat penyelidikan yang berkualiti, mendalami keadaan dan masalah setempat sebenarnya perlu turut menjadi komitmen dan perhatian semua hospital pengajar universiti.
  1. Intervensi dan solusi kepada pelbagai isu kesihatan setempat mesti dipelopori oleh hospital universiti yang bertapak di sesuatu kawasan.
  1. Dengan data, dapatan serta pemahaman tentang sesuatu kawasan atau kumpulan masyarakat, hospital-hospital universiti sangat berupaya menjadi pendukung dan penyokong yang berkesan kepada ekosistem perubatan dan penjagaan kesihatan awam negara.
  1. Kedua, KPT kini turut menegaskan yang sektor pendidikan tinggi mesti bergerak sebagai satu ketumbukan yang kuat dan saling menyokong.
  1. Ini bermakna, perkongsian secara strategik dan berkesan akan segala ilmu, sumber, kepakaran dan penemuan baharu harus menjadi budaya.
  1. Bukan sahaja dalam kalangan anggota dan warga sesebuah IPT atau organisasi. Tetapi merentas organisasi dan lapangan.
  1. Kita bukan sahaja mahu bersaing secara sihat dan produktif.
  1. Tetapi kita turut mahu mengumpul dan menggabungkan kekuatan yang ada pada semua pihak, menjadi satu kekuatan bersepadu sektor pendidikan tinggi.
  1. Dalam konteks bidang perubatan ini misalnya. Kita tidak mahu lagi membeza-bezakan antara satu hospital universiti dengan satu hospital universiti yang lain.
  1. Kita tidak akan melihat HUSM ini sebagai kekuatan USM. PPUM sebagai kekuatan UM. Atau Hospital Canselor Tuanku Muhriz sebagai kekuatan UKM secara berasingan dan terpisah-pisah.
  1. Sebaliknya, semua pusat perubatan dan hospital ini adalah aset dan kekuatan bersama sektor pendidikan tinggi negara.
  1. Jadi, kesemua hospital dan institusi perubatan ini mesti duduk dan bergerak secara bersekali.
  1. Mesti berlaku perkongsian sumber. Perkongsian kepakaran dan ilmu. Termasuklah perkongsian sistem, pendekatan tadbir urus serta amalan terbaik.
  1. Malah. semua HPU mesti membangunkan secara bersama. Ukuran dan penilaian kepada hospital pengajar universiti.
  1. Apakah kriteria atau elemen yang mendefinisikan kecemerlangan institusi ini? Apakah lapangan atau pengkhususan yang harus menjadi fokus setiap HPU? Dan bagaimana penemuan dan kelebihan yang ada pada sesebuah HPU boleh menjadi nilai tambah kepada sesebuah HPU yang lain.
  1. Dengan yang demikian, bidang perubatan yang dimajukan oleh sektor pendidikan tinggi akan menjadi lebih besar, berdaya saing, komprehensif dan padu.
  1. Kita akan berupaya memberi nilai tambah yang sangat penting bukan sahaja kepada warga pendidikan tinggi dan masyarakat.
  1. Tetapi kepada negara secara keseluruhan. Terutamanya melalui saranan dan cadangan penambahbaikan dan sumbangan ilmu yang terkini dan kritikal.
  1. Lebih penting, dengan bergerak secara seiring dan bersekali, segala desakan dan tuntutan teknologi terkini, amalan terbaik serta pengaplikasian platform atau medium digital dapat dihadapi bukan sahaja secara serius. Tetapi dengan lebih berkesan.
  1. Fokus ke arah ‘Artificial Intelligence’ atau AI dan ‘machine learning’ misalnya, adalah perkara yang sudah tidak boleh dielakkan.
  1. Ledakan teknologi disruptif ini sudah menerjah masuk ke dalam segenap spektrum kehidupan. Termasuklah ke dalam sektor perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan.
  1. Justeru, saya menyeru bukan sahaja Tetapi kesemua 9 hospital pengajar universiti di seluruh negara.
  1. Untuk bekerjasama dengan lebih erat bukan sahaja dengan pihak industri dan syarikat-syarikat besar yang memacu dan mempelopori perkembangan teknologi dan inovasi seperti AI, IoT, dan robotik.
  1. Tetapi kesemua institusi ini mesti bekerjasama sesama sendiri dengan cara yang lebih melengkapi dan menyokong satu sama lain.
  1. Jadi, selayak usia, pengalaman dan kedewasaan HUSM ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk Agar HUSM menjadi peneraju dalam menyambut dan menterjemahkan kedua-dua penegasan dan fokus KPT yang saya sebutkan ini.

Hadirin dan hadirat,

  1. Sebelum berakhir, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih daripada pihak KPT dan negara Atas segala sumbangan besar HUSM kepada sektor pendidikan tinggi, kepada masyarakat di sini dan kepada negara kita.
  1. Jasa, sumbangan dan komitmen HUSM adalah sesuatu yang besar dan bermakna.
  1. Saya memberi jaminan. Bahawa KPT akan berusaha sedaya mungkin untuk terus menyokong HUSM dalam perjalanannya menjadi pusat perubatan yang penting kepada tanahair kita.
  1. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang selama ini mengabdikan diri demi membangun dan menjayakan HUSM sehingga ke tahap Khidmat bakti tuan-tuan dan puan-puan kepada institusi ini dan kepada negara, sangat saya sanjung dan hargai.
  1. Semoga segala dedikasi dan jasa besar tersebut diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.
  1. Dengan lafaz Bismilllahirrahmanirrahim, saya dengan sangat berbesar hati, merasmikan ‘Sambutan 40 Tahun Hospital USM’.
  1. Selamat maju jaya kepada Sekian terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YB Menteri KPT Sambutan 40 Tahun HUSM.pdf (242 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 16742
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim