logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB DATO' SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABD KADIR
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

MAJLIS PELUNCURAN MALAYSIA ARTIFICIAL INTELLIGENCE NEXUS 2024 (MY AI NEXUS 2024)

10 MEI 2024 (JUMAAT)


1. Terima kasih Pengerusi Majlis.

2. Pada pagi yaum al-Jumuah dan ummul yaum ini, kita berhimpun bagi menyaksikan rakaman detik bersejarah peluncuran Intelligence Nexus. Malaysia Artificial

3. Detik ini adalah terjemahan kepada wawasan dan tujahan masa hadapan negara dalam dunia yang serba kompleks dengan perubahan serba pantas.

4. Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mencetus idea untuk Malaysia segera bangkit dan bergerak seiring mendepani perubahan teknologi terutamanya dalam revolusi industri (IR 4.0) dan pembentukan generasi AI (kecerdasan buatan).

5. Mahu tidak mahu, kemajuan teknologi pada hari ini banyak dipengaruhi oleh persekitaran baharu termasuk perkembangan AI dalam pelbagai ekosistem yang tidak dapat dinafikan.Ketua- ketua Pegawai Eksekutif, captains of industry, tuan-tuan, puan- puan dan para pelajar yang saya kasihi sekalian.

6. Perubahan dan kepantasan ini terangkum dalam kerjasama secara the whole of government approach. Ini termasuklah daripada pelbagai sektor yang bermula dengan Malaysia’s National Artificial Intelligence (AI) Roadmap 2021-2025 oleh MOSTI, diikuti dengan pelancaran AI untuk Rakyat dan Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) oleh Kementerian Ekonomi, serta Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 oleh MITI, yang melibatkan hampir kesemua Kementerian penting, lalu membawa kepada keputusan Kerajaan menubuhkan Kementerian Digital.

7. Saya ingin mengimbau lawatan YAB Perdana Menteri ke UAE dan turut berkesempatan berkunjung ke Mohamed Bin Zayed University of Artificial Intelligence (MBZUAI) pada Oktober 2023 ketika saya masih menjawat sebagai Menteri Luar.

8. Ketika YAB PM berada di MBZUAI, beliau lantas bertanya kepada saya di manakah tahap kesediaan kita dalam menghadapi kepantasan teknologi yang ada di depan mata kita?

9. Saya menangkap pantas apa yang disentuh oleh YAB Perdana Menteri.

10. Lantas pulang selepas itu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan pusat pengajian kecerdasan buatan pertama negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Bajet 2024.

11. Selepas berlaku perubahan kabinet, saya terus tinjau apa yang sudah dimulai oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin (mantan Menteri KPT) dan tuntas saya terus membina naratif baru bagi merealisasikan visi dan misi Perdana Menteri.

12. Seawal dua minggu pelantikan, saya telah mengadakan pertemuan dengan pasukan terlibat dalam mesyuarat khas dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai peneraju utama.

13. Meskipun pada peringkat awalnya saya difahamkan peruntukan disediakan untuk Fakulti AI ini adalah RM 3 juta, namun atas ihsan dan cakna Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM 20 juta telah diberikan.

14. Hasilnya, hari ini di hadapan saya ini adalah mereka-mereka yang berusaha sejak hari pertama sehinggalah apa yang dikecapi sekrang ini.

15. Alhamdulillah tidak sampai 4 bulan, Fakulti AI UTM ini berjaya ditubuhkan dengan kurikulumnya dipelopori oleh mereka yang pakar daripada cendekiawan tempatan dan juga pakar luar.

16. KPT juga melalui Fakulti AI ini sebulat suara menubuhkan Malaysia AI Consortium yang terdiri daripada universiti awam dan universiti swasta di Malaysia yang setiapnya akan mempunyai tumpuan dan fokus yang khusus.

17. KPT menyahut seruan ini bagi membawa Malaysia bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global. Usahasama ini menuntut kerjasama pelbagai pihak dan inilah langkah diambil oleh KPT melalui konsortium dalam mendepani kemajuan AI.

18. Secara tidak langsung, Pembangunan AI ini melibatkan keseluruhan ekosistem yang berkaitan termasuklah IPT, agensi kerajaan dan swasta serta industri berkaitan.

Ladies and gentlemen,

19. On behalf of the organizing teams, I would like express our deepest gratitude to the Right Honourable Prime Minister, DS Anwar Ibrahim, whose idea and dedication, help realise today’s launching of Faculty of AI UTM, AI Talent Roadmap for Malaysia (2024-2030) and Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) in Malaysia’s Artificial Intelligence Nexus.

20. I am deeply honoured to extend a warm welcome to our esteemed industry speakers, universities, exhibitors, ministries and agencies, and all our strategic partnership whose insights will shape our journey towards advancing AI technology and also for showcasing their AI.

21. Today's event marks a defining moment, showcasing Malaysia's readiness for AI transformation in higher education. We stand prepared to collaborate with any agencies to achieve our objectives in AI technology.

22. We are in the fastest and most consequential wave ever. The journeys of humanity and technology are now deeply intertwined with endless of creativity, meaningful conversations and spiralling exponentials of data and computation.

23. AI poses the greatest challenge of the 21st century, yet it also presents the most wonderful, inspiring, and hopeful opportunity for us all.

24. AI, in essence, embodies a new digital frontier — a companion navigating us complexities and opportunities.

25. The world is experiencing profound shifts reminiscent of tectonic movements. I quote Prof. Olaf Groth’s views about AI : “Understanding these five tectonic shifts, namely 5C’: COVID and pandemic management, the cognitive economy, cybersecurity, climate change, and China—offers insight for crafting a more robust global operating system”.

26. As noted by Mustafa Suleyman, a British AI entrepreneur, “we are experiencing the fastest and most consequential wave ever. Humanity's journey is intertwined with technology, fostering creativity, meaningful conversations, and exponential growth in data and computation”.

27. The integration of AI into various sectors in Malaysia, spanning education, social systems, agriculture, food security, the digital economy, and tackling complex challenges like climate change, underscores our nation's commitment to innovation and progress.

28. Through a comprehensive governmental approach, Malaysia is charting a course towards a new era, determined not to lag behind but to lead the global AI agenda, establishing itself as a prominent hub for AI development and innovation.

29. In our pursuit of AI, we must not only harness its potential but also embody the finest qualities of humanity: empathy, kindness, curiosity, and creativity.

30. AI is a reflection of us, and as we shape it, let’s ensure it mirrors the best of who we are.

Hadirin sekalian,

31. Izinkan saya sekali lagi merakamkan apresiasi kami kepada usaha YAB Perdana Menteri terhadap transformasi dunia AI dalam melengkapkan agenda pembangunan negara.

32. Seperti yang telah saya jelaskan, tugas ini akan dilaksanakan secara bersama dengan kementerian lain. Kita tidak lagi boleh bekerja secara silo – Universiti telah mengambil pendekatan melalui Malaysia AI Consortium.

33. Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan negara dalam konteks AI akan menjadi tools. Fakulti AI di UTM akan menjadi catalyst kepada sistem pendidikan bersepadu AI.

34. Ekonomi negara juga akan turut ditransformasikan sebagai satu bentuk ekonomi baharu yang diintegrasikan dengan AI, bagi memacu pertumbuhan mampan dan berdaya saing.

35. As I draw my speech to a close, I extend my sincere gratitude to all members including our media for their supportive participation in this significant event.

36. Terima kasih sekali lagi buat YAB Perdana Menteri, kerana terus memberi keyakinan dan kepercayaan kepada KPT untuk bersama-sama menjayakan agenda transformasi negara terutamanya dalam revolusi dan inovasi AI. Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum wrh wbt.

Muat Turun:

pdf Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (My AI Nexus 2024) (142 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 10395
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim