logo kpt black

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO' DR. HAJI MEGAT SANY BIN MEGAT AHMAD SUPIAN
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR)

SEMINAR PERANCANGAN HALA TUJU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI TAHUN 2024

22 NOVEMBER 2023


Saudari Pengacara Majlis, Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum   Warahmatullahi   Wabarakatuh   dan   Salam Sejahtera,

Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff,
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan);

Yang Berusaha Prof. Dr. Azlinda binti Azman,
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi;

Yang Berusaha Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail,
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK);

Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran,
Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);

Yang Berusaha Prof. Dr Harshita Aini binti Haroon,
Pengarah,
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT);

Yang Berusaha Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid,
Ketua Eksekutif,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN); dan

Yang Berusaha Encik Novie Bin Tajuddin,
Ketua Pegawai Eksekutif,
Education Global Services Malaysia (EMGS).

Yang Berbahagia Dato’/Datin/Yang Berusaha Profesor Dr./Dr.,

Pengurusan Tertinggi, Pegawai-pegawai kanan KPT, JPT, JPPKK dan agensi-agensi di bawah KPT.

PEMBUKA BICARA DAN EKSPRESI PENGHARGAAN

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

  1. Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu dan berhimpun dalam Seminar Perancangan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024 pada pagi ini.
  1. Sekalung tahniah diucapkan kepada Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) selaku urus setia atas penganjuran seminar selama dua hari satu malam yang melibatkan keseluruhan pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPT.
  1. Saya memahami hambatan tugas dan kekangan masa masing-masing. Justeru saya amat berterima kasih atas kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak terutamanya Ketua-ketua Jabatan dan agensi dalam menjayakan Seminar kali ini.

SPHT KPT 2024: MELAKAR HALA TUJU STRATEGIK KPT

Hadirin sekalian,

  1. Fokus Seminar Perancangan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2024 adalah sedikit berbeza dengan Seminar Perancangan Strategik (SPS) yang biasa kita adakan dua kali setahun sebelum ini. SPS sebelum ini memfokuskan kepada pembentangan pencapaian dan perancangan program KPT yang bersifat taktikal yang dilaksanakan secara tahunan sama ada dalam bentuk Sasaran Kerja Tahunan (SKT) atau program bitara atau program berimpak tinggi.
  1. Memandangkan pada tahun ini berlaku perubahan daripada SKT kepada Sasaran Kerja Utama (SKU) dan kita juga baru membangunkan Pelan Strategik KPT 2023-2025. Jadi Seminar pada hari ini adalah bagi merangka hala tuju strategik KPT bagi tahun 2024 sebagai input untuk perutusan tahun baharu YB Menteri dan mencadangkan program/inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh KPT pada tahun 2024.
  1. Saya difahamkan dalam Seminar pada kali ini, peserta Seminar dibahagikan kepada lima (5) kluster iaitu:
    1. Kluster 1: Penyediaan Bakat yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Azlinda Azman, KPPT dan dibantu oleh Pengerusi Ganti, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA;
    2. Kluster 2: Penyelidikan dan Inovasi yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini Azman, TKPPT (A) dan dibantu oleh Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, TKP (P) JPPKK;
    3. Kluster 3: Pemindahan dan Perkongsian Ilmu yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, KP JPPKK dan dibantu oleh YBrs. Dr.Wan Baharudin bin Wan Mahmood, SUB (Dasar), KPT;
    4. Kluster 4: Pengantarabangsaan yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Novie Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif EMGS dan dibantu oleh YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan TKPPT (P); dan
    5. Kluster 5: Ekosistem Pembolehdaya yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr Harshita Aini binti Haroon, Pengarah AKEPT dan dibantu oleh YBrs. Tn. Haji Kamaruzaman Mahmood SUB (Kewangan),
  1. Saya percaya setiap    kluster    telah    melaksanakan perbincangan masing-masing sebelum ke Seminar ini. Semasa pembentangan pada hari ini, saya dan TKSU(PP) diamanahkan untuk memberikan pandangan bagi menambah nilai kepada cadangan yang dibentangkan supaya benar-benar mantap apabila kepada YB Menteri dan YB Timbalan Menteri pada pagi esok.

BELANJAWAN 2024: REFORMASI EKONOMI MEMPERKASA RAKYAT

Para hadirin sekalian,

  1. Pada 13 Oktober 2023 yang lalu, YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan Belanjawan 2024 sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi MADANI dengan tema “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat”.
  1. Belanjawan 2024 menumpukan    kepada    12    ikhtiar berlandaskan tiga (3) tumpuan utama iaitu:
    1. Pertama:Tatakelola Terbaik Demi    Ketangkasan Perkhidmatan;
    2. Kedua: Penstrukturan Semula Ekonomi Bagi Melonjak Pertumbuhan; dan
    3. Ketiga: Peningkatan Darjat Hidup Rakyat.
  1. KPT diperuntukkan sebanyak RM16.3 bilion ringgit berbanding RM15.3 bilion ringgit pada tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 6.8 peratus atau RM1.04 bilion. Jumlah ini mewakili 4.9 peratus daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM333.6 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan.
  1. Daripada RM16.3 bilion tersebut, RM12.2 bilion atau 74.7 peratus adalah Peruntukan Sebanyak RM10.1 billion atau 83 peratus adalah untuk Badan Berkanun manakala RM2.1 billion atau 17 peratus adalah bagi pengurusan ibu pejabat, jabatan dan agensi.
  1. Bagi Peruntukan Pembangunan pula, KPT diperuntukkan RM4.1 bilion mewakili 25.3 peratus daripada jumlah peruntukan KPT, iaitu kenaikan sebanyak RM527.5 juta berbanding tahun 2023.
  1. Manakala bagi Inisiatif Belanjawan pula, saya difahamkan daripada 17 program dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.33 bilion yang kita mohon untuk Inisiatif Belanjawan 2024, sebanyak sembilan (9) program telah diluluskan di bawah Belanjawan 2024 bersama-sama beberapa program baharu.
  1. Setakat ini, jumlah yang diluluskan kepada KPT bagi 14 inisiatif adalah berjumlah  6  bilion  (termasuk  Projek Pembangunan Fakulti AI dan Pembangunan Hospital USIM serta Hospital UPM). Jumlah ini adalah tidak termasuk beberapa inisiatif yang belum diberi perincian oleh Kementerian Kewangan seperti Persijilan Profesional TVET dan Klinik Bergerak Hospital Pengajar.
  1. Kita perlu merangka strategi dan kaedah pelaksanaan bagi memastikan projek berjalan lancar dan peruntukan dapat dibelanjakan KPT harus menjadi kementerian paling cekap, paling telus dan paling berhemah dan mengelakkan sebarang ketirisan dan pembaziran.
  1. Oleh itu, saya mohon kerjasama semua ketua-ketua sektor, jabatan dan agensi serta Setiausaha-setiausaha atau Pengarah- pengarah Bahagian untuk memastikan supaya perkara ini diberi

 MENDASAR ILHAM, MEREALISASIKAN AZAM

Hadirin yang dihormati sekalian,

  1. Dalam beberapa siri ucapan beliau terutamanya semasa ucapan Perutusan Tahun Baharu, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menetapkan aspirasi beliau untuk pelaksanaan bagi tahun 2023
  1. Daripada 11 Azam yang beliau lontarkan semasa Ucapan Perutusan Tahun Baharu 2023, ada yang telah selesai dan mula menunjukkan Antaranya seperti Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (National Review Committee-NRC) yang telah ada laporannya dan pada masa ini di peringkat pelaksanaan inisiatif yang dicadangkan menerusi NRC. Perkara ini akan dipantau oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian Pendidikan Tinggi (Higher Education Delivery Unit atau HEAD) yang telah dilancarkan pada 23 Oktober yang lalu semasa Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
  1. Selain daripada NRC, inisiatif transformasi pendidikan tinggi turut dilakukan dengan meneliti secara menyeluruh impak perkembangan serta inovasi terkini sains dan teknologi. Pada masa ini, kita telah melantik Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menyediakan laporan “New Horizons for Science and Technology in securing Malaysia’s Global Competitiveness” yang akan memperincikan secara mendalam strategi kita bagi menghadapi kemunculan pelbagai perkembangan sains dan teknologi. Laporan akhir kajian ini akan dibentangkan dalam bulan Disember ini dan dokumen yang dimurnikan dijangka akan dikemukakan oleh ASM dalam bulan Februari 2024.
  1. Pada masa yang sama, kita juga sedang membangunkan beberapa dasar strategik seperti Dasar dan Pelan Pendigitalan Pendidikan Tinggi, Dasar dan Pelan Tindakan Pengantarabangsaan dan Dasar Latihan Industri yang dijangka selesai dan boleh dilancarkan pada awal tahun hadapan.
  1. Beberapa bentuk reformasi institusi seperti Transformasi Politeknik juga sedang Majlis Pelancaran Hala Tuju Transformasi Politeknik dijadualkan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 4 Disember 2023 nanti. Pada masa yang sama, saya difahamkan cadangan pemerkasaan AKEPT juga berada di peringkat akhir sebelum diangkat untuk pembentangan ke Mesyuarat Jemaah Menteri.
  1. Ini adalah antara beberapa perkara besar yang terkandung dalam ucapan perutusan YBM yang sedang di peringkat pelaksanaan. Namun, ada juga aspirasi beliau yang masih belum diambil tindakan dan ada yang telah berevolusi kemudiannya dalam ucapan-ucapan beliau yang terkemudian ataupun berdasarkan arahan terkini dalam Mesyuarat Pasca Kabinet.
  1. Justeru, saya berharap semua Ketua-ketua Jabatan sentiasa cakna dengan arahan YB Menteri dari semasa ke semasa. Di sini, saya ingin memetik kata-kata Sun Tzu daripada buku The Art of War: “The art of war teaches us to rely not on the likelihood of the enemy not coming, but on our own readiness to receive him; not on the chance of him not attacking, but rather on the fact that we have made our position unassailable”.

 PELAN STRATEGIK KPT 2023-2025

Hadirin sekalian,

  1. Dalam majlis pada hari ini juga saya difahamkan kita akan lancarkan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi 2023- 2025. Dalam Seminar Perancangan Strategik KPT pada bulan Mac lepas, kita telah bersama-sama berbincang untuk membangunkan visi, misi, nilai-nilai bersama, teras strategik, strategi dan program-program sebagai pengisian pelan ini.
  1. Susulan SPS itu juga ada banyak sesi bengkel dan perbincangan di peringkat pegawai yang telah dijalankan. Seterusnya Mesyuarat Pengurusan Tertinggi pada 15 September 2023 juga telah meluluskan Pelan Strategik ini.
  1. Pelan Strategik KPT 2023-2025 ini merupakan satu manifestasi KPT untuk membangunkan bakat masa hadapan negara ke arah mencapai visi menjadikan Malaysia hab bakat dan pengetahuan yang unggul. Dalam hal ini, tumpuan bukan sahaja diberikan untuk kecemerlangan bakat, tetapi juga bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi melestarikan keberhasilan yang akan memberi faedah kepada keseluruhan komuniti pendidikan tinggi.
  1. Saya percaya program-program yang telah dirancang dalam pelan ini adalah relevan dengan situasi semasa dan akan datang serta menepati hasrat pemegang taruh KPT. Justeru, saya menyeru kepada semua untuk bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan semua strategi dan program yang telah dirancang.

 HARAPAN DAN EKSPEKTASI

Hadirin yang dihormati,

  1. We don't get harmony when everybody sings the same note. Only notes that are different can The same is true with people”. Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing. Namun gerak kerja kita perlu seiring. Langkah kita perlu sederap. Kita semua perlu saling melengkapi antara satu sama lain.
  1. Dasar yang digubal di peringkat kementerian perlu jelas, fleksibel, menyeluruh dan dinamik sejajar dengan perubahan semasa. Perancangan dasar ini kemudiannya perlu disambut dan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan di peringkat jabatan dan operasi. Seterusnya pemantauan berterusan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan dan keberhasilan setiap dasar dan program yang dirancang.
  1. Manakala perkhidmatan sokongan seperti Pengurusan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan, Komunikasi Korporat dan lain-lain perlulah fasilitatif dan bersedia untuk membantu. Jangan ada “Little Napeleon” antara Kita semuanya dalam satu keluarga besar KPT. Hati gajah sama-sama kita lapah, hati kuman sama- sama kita cecah, inshaAllah.

 PENUTUP

Pimpinan KPT yang saya hormati sekalian,

  1. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menyumbangkan tenaga dan buah fikiran sepanjang menjayakan Seminar selama dua hari ini.
  1. Niatkan supaya sumbangan kita dalam wacana ini menjadi satu mujahadah bagi kita memperkasakan peranan KPT ke arah kesejahteraan rakyat dan semoga apa yang kita hasilkan akan menjadi legasi kita yang akan memanfaatkan anak bangsa termasuklah anak cucu kita nanti.
  1. Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Perancangan Hala Tuju Kementerian Pendidikan Tinggi Bagi Tahun 2024 dan melancarkan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi 2023-2025.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan TKSUD Seminar Perancangan Hala Tuju KPT 2024.pdf (184 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2105
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.