#ZiarahPrihatin : YB Menteri Pengajian Tinggi bersama pengurusan tertinggi menziarahi keluarga Allahyarhamah Nur Adilah Zainal Abidin

Selepas selesai Program Malaysia Prihatin Siri 1/2021 di UTHM, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluangkan masa untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah Nur Adilah Zainal Abidin.

Allahyarhamah Nur Adilah merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dengan kepujian telah meninggal pada 4 Mac 2021 disebabkan penyakit kanser yang dihadapi beliau.

YB Menteri telah menyampaikan sumbangan khairat kematian dari PTPTN sejumlah RM1500 dan sumbangan peribadi beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), En Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN dan Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UTM.

#ZiarahPrihatin

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7474
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Februari 2024, 09:34:41.