Ziarah Kasih HPU UniSZA di Serom

Ziarah Kasih HPU UniSZA di Serom

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada petang tadi telah menyertai Ziarah Kasih Hospital Pengajar UniSZA (HPUniSZA) di Serom, Johor.

Dalam kunjungan tersebut, beliau telah menziarahi rumah pasangan suami isteri, Abu Bakar Ibrahim, 87 dan Minah Leman, 80 yang kini terlantar akibat sakit tua dan serangan strok.

Beliau turut berkunjung ke rumah Encik Ali Kasim, 71 di Parit Bunga yang menghidap darah tinggi dan sakit jantung yang kini tinggal bersama anak perempuannya yang juga merupakan pesakit buah pinggang, Roziana Ali, 38.

Kesemua mereka telah menerima pemeriksaan dan rawatan daripada para petugas HPUniSZA yang turut membuka Klinik Bergerak di Dewan Parit Bunga khusus untuk masyarakat di situ untuk mendapatkan kaunseling berkaitan kesihatan mereka.

Sementara di situ, YB Menteri turut melawat tenaga sukarelawan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dari Kolej Komuniti Ledang yang telah menganjurkan kursus Pembuatan Biskut Coklat dengan pesertanya terdiri daripada para penduduk di kawasan sekitar.

Kedua-dua program tersebut merupakan antara pelbagai aktiviti khidmat bakti yang telah dijayakan dibawah program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5855
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.