YBTM Mulakan Lawatan Kerja 2 Hari Ke Kelantan

YBTM Mulakan Lawatan Kerja 2 Hari Ke Kelantan

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut berada di Kelantan bagi memulakan lawatan kerja dua (2) harinya ke sini bermula hari ini.

Sebaik mendarat, beliau terus ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota dan telah disambut oleh para Timbalan Naib Canselor dan juga warga UMK yang lain.

Menjadi kemestian setiap kali turun padang ke Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serata Malaysia, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa berdialog dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMK serta pelajar dari Borneo.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada MPP UMK serta East Village Association (EVA) iaitu persatuan pelajar khusus untuk mahasiswa dari Sarawak, Sabah juga Labuan

Lawatan beliau ke situ tadi secara langsung dapat mengetahui dengan lebih lanjut hala tuju dan pengoperasian UMK sambil mendengar cabaran serta harapan golongan mahasiswa terhadap masa depan sektor pendidikan tinggi negara. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 606
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 18 September 2024, 09:29:54.

logo-sirim