YBTM KPT Adakan Kunjungan Hormat Kepada TYT Negeri Sabah

YBTM KPT Adakan Kunjungan Hormat Kepada TYT Negeri Sabah

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan kali pertama oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan tahun lalu.

Pada sesi pertemuan selama 45 minit ini, YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut memberi penerangan umum kepada TYT Negeri Sabah mengenai fungsi dan tugas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam membantu membangunkan sektor pendidikan tinggi di Negeri Sabah.

Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan merupakan initipati penting bagi memastikan dasar pendidikan tinggi negara dapat diterjemah dengan baik ke peringkat negeri.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Zabri Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT, YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan; Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), YBhg. Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Mansor; Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid; dan Pengarah Kanan Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBrs. Puan Ts. Zainab Othman.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3485
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim