YBM Menziarah Penternak Kelulut

YBM Ziarah Penternak Kelulut

YB Menteri turut singgah ke Kg. Bagan untuk meninjau penternakan lebah kelulut yang diusahakan oleh penduduk tempatan, Encik Sahalan Jais dan isterinya, Azizah.

Penternakan lebah kelulut mereka telah diduga apabila hampir kesemua sarang musnah dilanda bencana ribut besar pada 2019 lalu.

Prihatin dengan masalah tersebut, YB Menteri menawarkan kepakaran UTM yang telah membangunkan kaedah penternakan lebah kelulut secara modular bagi membantu mereka bangkit kembali.

Melalui kaedah tersebut, setiap sarang mampu menghasilkan 300% lebih madu daripada kaedah biasa.

Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Dato' Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5129
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.