YBM Meninjau Tapak Projek Kolej Komuniti Parit Sulong

YBM Tinjau Tapak Projek Kolej Komuniti Parit Sulong

Usai program PTPTN tadi, YB Menteri Pengajian Tinggi terus ke tapak projek kolej komuniti baharu yang akan dibina di Parit Sulong.

Apabila siap kelak, ia bakal memiliki kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang serba lengkap bagi kemudahan masyarakat sekitar.

Untuk ketika ini, kolej komuniti di bawah JPPKK menawarkan pelbagai kursus pendek program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) seperti kursus asas pendawaian elektrik, baik pulih penyaman udara, servis kenderaan, membuat rempah masakan, kulinari, solekan, jahitan dan pelbagai lagi.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, dan Ts. Zainab Ahmad, KP JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7066
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim