YBM Serah Surat Lantikan TNC (Jaringan & Industri) USM Yang Baharu

YBM Serah Surat Lantikan TNC (Jaringan & Industri) USM Yang Baharu

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi.

YBhg. Prof. Dr. Azlan Amran sebelum ini bertugas sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan USM.

Lantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM akan berkuat kuasa 1 Februari 2023.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2677
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.