YBM Serah Surat Lantikan Pengerusi LPU UiTM & TNC (HEPA) UMT Baharu

YBM Serah Surat Lantikan Pengerusi LPU UiTM & TNC (HEPA) UMT Baharu

YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi.

Pelantikan YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose yang juga merupakan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) berkuatkuasa tanggal 15 Februari 2023.

Selain itu, YB Menteri Pendidikan Tinggi pada pagi tadi telah turut menyerahkan surat lantikan kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu.

Pelantikan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain yang juga merupakan Timbalan Pengarah, Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan berkuatkuasa mulai 19 Februari 2023.

Turut sama dalam majlis serahan tersebut adalah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1550
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.