YBM serah Komputer Riba kepada Pelajar Uitm Mangsa Kebakaran

Pada majlis menandatangani MoU antara UiTM dan SPR di UiTM Shah Alam pagi tadi, YB. Menteri turut menyempurnakan penyampaian komputer riba kepada enam orang pelajar UiTM Shah Alam yang terlibat dengan musibah kebakaran pada 3 Disember 2021 lalu.

Dalam tragedi tersebut, rumah sewa yang didiami oleh mereka di Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam telah musnah dijilat api mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk buku-buku rujukan, komputer riba serta barangan peribadi yang lain.

Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban serta membantu mereka untuk kembali fokus kepada pengajian mereka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5202
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.