YBM Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 1/2022

YBM Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 1/2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memartabatkan Bahasa Melayu Bil 1/2022 di Kementerian Pengajian Tinggi petang tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, YB Menteri bersama para ahli telah membincangkan pelbagai perkara mengenai isu-isu berbangkit berkenaan usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan usaha pemartabatan bahasa Melayu terus ditingkatkan seperti hasrat YAB Perdana Menteri.

Turut hadir Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, para pengurusan tertinggi KPT, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Naib Canselor UKM, Pengarah ATMA serta para pegawai agensi kerajaan dan kementerian yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2442
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 18 Jun 2024, 16:17:02.