YBM Menghadiri Majlis Sambutan Hari Komanwel 2022
YB Menteri telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Komanwel 2022 yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun, YDP Dewan Rakyat di Parlimen tengah hari semalam.
Bertemakan 'Delivering a Common Future', Hari Komanwel yang disambut setiap 14 Mac adalah manifestasi keyakinan serta komitmen Malaysia untuk bekerjasama dengan negara anggota lain dalam mencapai keamanan sejagat serta kemakmuran bersama terutama bagi menangani perubahan iklim, mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan perdagangan pelbagai hala.
Majlis anjuran CPA Malaysia tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, YDP Dewan Negara, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin, Pengerusi CPA Malaysia, Dato' Sri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, para ahli parlimen, wakil dari kedutaan asing, pengurusan tertinggi KPT serta para Naib Canselor UA.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 5781