YBM menerima kunjungan hormat daripada Ketua Eksekutif Melaka International College of Science and Technology (MiCoST)

YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Akmal Abdul Manap, Ketua Eksekutif Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) di pejabatnya pada hari ini.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai latar belakang, hala tuju dan fokus pengoperasian MiCoST pada tahun 2022. Kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka ini telah membuka satu lagi kampus baru di Wisma Yayasan Melaka. Selain itu, sesi perbincangan ini turut membincangkan usaha memperkasakan pendidikan tinggi negara ke arah inovasi sains dan teknologi.

Turut hadir bersama dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1302
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Oktober 2025, 04:55:20.

logo-sirim