YBM Menerima Kunjungan dari Kuasa Usaha Sementara Kedutaan India

YBM Menerima Kunjungan dari Kuasa Usaha Sementara Kedutaan India

Sesudah menghadiri mesyuarat agung YSS, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad terus meluangkan masanya untuk menerima kunjungan hormat daripada Puan C. Sushma, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan India di Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat beliau petang semalam adalah untuk membincangkan berkenaan rangka lawatan kerja rasmi YB Menteri Pengajian Tinggi ke India bermula hari ini.

Di India nanti, YBM dijangka akan memeterai perjanjian persefahaman melibatkan UniMAP dengan beberapa buah universiti di sana.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KP, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Prof. Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, CEO MQA, serta YBhg. Datin Noorazah binti Omar, Setiausaha, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5805
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.