YBM Lawat Imperial College London

YBM Lawat Imperial College London

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, bersama delegasi KPT telah mengadakan lawatan kerja ke Advanced Manufacturing Group of Imperial College London, United Kingdom hari ini.

Ketibaan mereka disambut anggota pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Prof Ian Walmsley, Provos Imperial College.

Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan kerjasama untuk melatih pelajar-pelajar berbakat dalam bidang reka bentuk dan teknologi kejuruteraan serta merangsang kolaborasi antara pihak industri dan akademia.

Hadir sama YBrs Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, YBhg Maizatul Akmam Alawi, Pengerusi EMGS, YBrs Prof Madya Dr. Shafie Mohamed Zabri, Pengarah EM London.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3440
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim