YBM Lawat Ibu Pejabat MQA

YBM Lawat Ibu Pejabat MQA

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah membuat lawatan ke ibu pejabat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Cyberjaya pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama YB Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah disambut oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif MQA.

Dalam kunjungan tersebut, YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan fungsi, pelan pengoperasian dan strategik, serta perkhidmatan dan produk yang ditawarkan MQA.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT serta pengurusan tertinggi MQA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2480
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Februari 2024, 09:34:41.