YBM Melancarkan Mobile App PTPTN

YBM Lancar Mobile App PTPTN

29 MAC 2022 | DAMANSARA

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan pelancaran aplikasi myPTPTN di Royale Chulan Hotel, Damansara petang tadi.

myPTPTN bakal mengintegrasikan kesemua perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh PTPN di dalam satu aplikasi yang mudah untuk diakses serta digunakan oleh para pelanggannya.

Dijangkakan, lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan SSPN bakal mendapat manfaat daripada perkhimatan atas talian yang ditawarkan oleh aplikasi myPTPTN ini, antaranya semakan penyata, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun, penambahan deposit, permohonan potongan gaji dan lain-lain lagi.

Bagi menjamin kesejahteraan pengguna, myPTPTN turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini electronic-Know Your Customer (e-KYC) iaitu pengesahan identiti secara elektronik melalui Transaction Authorisation Code (TAC) ketika pengguna membuat sebarang urus niaga di telefon bimbit masing-masing.

Kemudahan aplikasi ini adalah selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas dan sentiasa di tahap yang terbaik.

Turut hadir ialah YBrs. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, serta ahli-ahli Lembaga Pengurusan PTPTN.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8403
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 02:51:53.