#ZiarahPrihatin : YB Menteri Pengajian Tinggi ke keluarga mangsa tragedi banjir pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Semalam YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan #ZiarahPrihatin ke keluarga mangsa korban banjir di Pahang, Allahyarham Uqail Iskandar Zulkernain. Allahyarham merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik & Multimedia) di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kejadian tersebut telah mengorbankan allahyarham dan bapa beliau. Ketika di sana, YB menteri telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk insuran kematian, khairat kematian kedua-dua mangsa, sumbangan bahan keperluan asas, khairat kematian dari PTPTN serta pelunasan baki pinjaman PTPTN.
- Last updated on .
- Hits: 7600
