YBM Hadiri Sesi Sembang Santai bersama Wakil Badan Perhubungan Negara UK & Eire

YBM Hadiri Sesi Sembang Santai bersama Wakil Badan Perhubungan Negara UK & Eire

Malam tadi, YB Menteri sempat menghadiri sesi sembang santai bersama wakil pelajar daripada Badan Perhubungan Negara UK & Eire (BPNUK) yang telah dianjurkan oleh Pejabat Education Malaysia (EM) London di sebuah restoran di sini.

Pada pertemuan tersebut, kira-kira 35 orang kepimpinan pelajar Malaysia dari seluruh UK dan Ireland telah meluangkan masa bertemu mata dengan YB Menteri sambil berbincang mengenai isu-isu yang mereka hadapi sebagai anak perantauan di sini.

Ia memberi peluang kepada YB Menteri berinteraksi dan mendengar secara langsung mengenai masalah dan masa depan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Di samping itu, beliau turut menghulurkan sumbangan peribadi selain cenderahati Aidilfitri daripada KPT kepada semua pelajar yang hadir.

Turut sama ialah TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), KPPT, Pengerusi EMGS dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2913
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.