YBM Hadir Pelancaran Inisiatif Micro-Credential HRD Corp

YBM Hadir Pelancaran Inisiatif Micro-Credential HRD Corp

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan inisiatif Micro-Credential HRD Corp bersama YB. Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia di Putrajaya petang tadi.

Inisiatif tersebut merupakan pengiktirafan kelayakan mikro berasaskan industri komprehensif yang pertama di negara ini bagi membolehkan orang ramai mendapatkan pensijilan yang boleh dikumpul melalui model pembelajaran jangka pendek serta fleksibel.

Pelaksanaan inisiatif tersebut akan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui pewujudan satu rangka kerja oleh HRD Corp supaya kursus yang ditawarkan kelak boleh ditingkatkan kepada industri secara meluas.

Inisiatif ini diharap akan bertindak sebagai penghubung antara institusi pendidikan tinggi dan industri di Malaysia bagi memperkasakan modal insan negara yang berkemahiran tinggi dalam memenuhi jangkaan pasaran.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, TKSU (Operasi) KSM, YBrs. Tuan A. Maniam, TKSU (Operasi dan Antarabangsa) KSM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Datuk Seri Jamil Salleh, Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO MQA, YBhg. Datuk Shahul Dawood, CEO HRD Corp.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6447
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.