YBM Berbuka Bersama Mahasiswa Anak Watan Parit Sulong
YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kira-kira 220 orang mahasiswa dalam program KPT Prihatin Keluarga Malaysia di Batu Pahat, malam tadi.
Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa yang terdiri daripada para pelajar UA yang tinggal di sekitar Parit Sulong.
Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, dan YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, serta para naib canselor dari UKM, UiTM, UPSI dan UTeM.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 6692