YB Timbalan Menteri Adakan Lawatan Kerja Ke UNIMAS

YB Timbalan Menteri Adakan Lawatan Kerja Ke UNIMAS

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

YB Timbalan Menteri telah disambut oleh Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS dan diberi taklimat mengenai pengoperasian universiti tersebut. Di samping itu, beliau juga meluangkan masa menemui Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS untuk bertanyakan khabar serta memberi kata-kata perangsang kepada mereka.

Sebelum itu, YB Timbalan Menteri sempat meluangkan masa melawat Galeri Koompassia Excelsa yang tersergam indah untuk merakamkan kisah pencapaian dan catatan bersejarah UNIMAS bagi dijadikan rujukan generasi mendatang

Turut hadir Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Prof Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS dan Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UNIMAS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5081
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 28 November 2023, 16:33:06.