YB Menteri, Wakil Pelajar UTeM Duduk Semeja Bincang Perihal Mahasiswa

YB Menteri, Wakil Pelajar UTeM Duduk Semeja Bincang Perihal Mahasiswa

Selesai menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah meluangkan masanya pagi tadi untuk bertemu dengan para wakil pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Mereka terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Anak Perak, serta para penerima inisiatif SULUNG UTeM.

Pertemuan yang diadakan secara santai tersebut memberi peluang bagi kedua-dua pihak berkongsi input dan cabaran dalam agenda memperkasakan mahasiswa.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Dato' Dr. Husaini Omar; dan Naib Canselor UTeM, Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 231
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Februari 2025, 10:29:14.

logo-sirim