YB Menteri Pendidikan Tinggi Buat Kunjung Hormat YAB Premier Sarawak

YB Menteri Pendidikan Tinggi Buat Kunjung Hormat YAB Premier Sarawak

Selesai Istiadat Pengisytiharan Canselor UNIMAS, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan kunjung hormat kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg petang semalam.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi dibincangkan, dengan fokus terhadap penyelidikan berimpak tinggi serta usaha untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sarawak.

Kerjasama erat ini amat penting dalam memastikan pendidikan tinggi terus maju, di samping memperkasakan sektor penyelidikan demi kemajuan negeri dan negara.

KPT sentiasa komited untuk menyokong usaha-usaha bersama dalam memajukan pendidikan yang inklusif dan berkualiti di Sarawak.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, dan Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 654
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 01:24:25.

logo-sirim