YB Menteri Minta Majlis Profesor Negara Sumbang Kesarjanaan Pacu Pembangunan Negara

YB Menteri Minta Majlis Profesor Negara Sumbang Kesarjanaan Pacu Pembangunan Negara

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Profesor Negara (MPN) yang diketuai oleh presidennya, YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose di sini pagi tadi.

Kunjungan hormat MPN itu adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu dan hala tuju baharu pendidikan tinggi negara sebagaimana yang diumumkan oleh YB Menteri pada Majlis Amanat 2023 minggu lalu.

Dalam pertemuan tersebut, YB Menteri turut meminta MPN menggunakan kepakaran serta kearifan para ahlinya untuk membantu KPT memperkemaskan tadbir urus, tata kelola dan pembangunan bakat di IPT.

Beliau turut menyeru ahli-ahli MPN meningkatkan keterlihatan mereka di semua kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan ini dengan menyumbangkan kesarjanaan dalam membangunkan rangka tindakan dan solusi yang dapat memacu kesejahteraan negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3289
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim