YB Menteri Diberi Taklimat Pengoperasian JPPKK

YB Menteri Diberi Taklimat Pengoperasian JPPKK

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah diberi taklimat pengoperasian dan hala tuju Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di sini petang tadi.

Taklimat yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JPPKK iaitu YBrs. Dr. Haji Mohd. Zahari Ismail itu diadakan sempena lawatan rasmi beliau dan YB. Dato' Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi ke ibu pejabat JPPKK.

Dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan 'Buku Hala Tuju, Polisi dan Tatacara Pengkomersialan di Politeknik dan Kolej Komuniti' yang merupakan buku panduan yang menggariskan polisi dan tatacara mengikut acuan JPPKK dalam mengkomersilkan produk dan perkhidmatan mereka supaya mampu bersaing ke peringkat global.

Selain itu, YB Menteri dan timbalannya telah turut dibawa melawat ke reruai pameran yang memaparkan produk dan inovasi warga JPPKK.
Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT serta para pengurusan tertinggi Kementerian dan JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3769
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.