YB Menteri Dan Timbalan Berbuka Bersama Warga KPT

YB Menteri Dan Timbalan Berbuka Bersama Warga KPT

Warga Kementerian tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama-sama rakan sekerja yang lain sempena Majlis Ukhuwah Ramadan KPT 2023 petang tadi.

Kehadiran YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalannya, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah menyerikan lagi majlis yang diadakan bagi meraikan bulan Ramadan tahun ini.

Sementara menanti waktu berbuka, para hadirin telah disajikan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti sesi tazkirah oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan alunan ayat suci al-Quran oleh saudara Mohammad Amirul Firdaus.

Pada majlis yang sama, YB. Menteri turut berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para pemandu dan pembantu operasi KPT.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT; YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT; pengurusan tertinggi Kementerian, jabatan, agensi dan IPTA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3549
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 03 Disember 2024, 08:20:35.

logo-sirim