YAB Perdana Menteri Gesa IPT Segera Sesuaikan Bidang Pengajian Dengan Keperluan Industri

YAB Perdana Menteri Gesa IPT Segera Sesuaikan Bidang Pengajian Dengan Keperluan Industri

5 November 2026 | Ayer Keroh, Melaka

Perdana Menteri, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) segera menyesuaikan bidang pengajian serta latihan dengan keperluan industri bagi memastikan graduan tempatan memiliki pengkhususan dan kemahiran yang diperlukan pelabur berteknologi tinggi.

Beliau berkata perkembangan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan transformasi digital menuntut IPT bertindak lebih pantas dalam menawarkan bidang pengajian baharu serta latihan khusus berdasarkan keperluan industri, termasuk menerusi kerjasama langsung dengan pelabur.

YAB Dato' Seri Anwar turut mengingatkan IPT agar mengimbangi penguasaan teknologi dengan pembentukan nilai kemanusiaan, adab dan akhlak, selaras dengan falsafah “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” yang menekankan kemajuan ilmu dan teknologi tanpa mengabaikan asas pembentukan insan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) 2026 anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Kerja Raya (KKR), di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Tuan Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim; dan Naib Canselor UTeM, Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Majlis turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan; Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Pendidikan, YB Dato' Seri Fadhlina Sidek.

  • Last updated on .
  • Hits: 38
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 10 November 2026, 10:27:55.

logo-sirim