Warga KPT Berjalan 10,000 Langkah Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2024

Warga KPT Berjalan 10,000 Langkah Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2024

Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memulakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 dengan gaya hidup sihat melalui acara 10,000 langkah berjalan kaki di Presint 5 dan 6 Putrajaya pagi tadi.

Seramai 600 orang warga KPT terlibat bermula di perkarangan lobi KPT yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Menurut KSU semasa acara perasmian pembukaan Karnival Sukan Kementerian Pendidikan Tinggi sempena HSN 2024, sebanyak 25 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai penyakit kronik manakala hampir 50.1 peratus pula mencatatkan berat badan berlebihan dan mengalami obesiti.

Sehubungan itu, aktiviti riadah ini perlu diamalkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga kerana ianya mempunyai manfaat dalam meningkatkan aktiviti fizikal seharian kerja kita.

Turut bersama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari Ismail. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1146
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Ahad 16 Februari 2025, 13:00:25.

logo-sirim