Warga Kementerian Pendidikan Tinggi Diseru Utuhkan Semangat Kerja Berpasukan
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 di sini pagi tadi.
Bercakap di hadapan warga KPT di Dewan Za'ba dan juga secara penstriman langsung melalui media sosial Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara, beliau menitipkan beberapa amanat dan renungan untuk dijadikan aspirasi untuk semua.
Antaranya mengenai peri pentingnya semangat kerja berpasukan - 'We not I' dan 'tidak berkerja in silo' - terutamanya dalam menjayakan lima (5) fokus yang telah beliau gariskan sebagai Landasan Hala Tuju KPT.
“Tidak kira siapa anda, sama ada pengurusan tertinggi, para pensyarah, kakitangan bukan akademik, staf sokongan, para pelajar, ibu bapa, alumni dan rakan-rakan strategik pendidikan tinggi negara, sahutlah suara ini.
“Suara untuk bergerak sebagai satu pasukan dan berdasarkan kepada collaboration, coordination, dan cooperation,” kata beliau.
Menurutnya, hakikatnya kerja berpasukan dalam suatu ekosistem penyampaian perkhidmatan menerusi Kementerian ini menuntut kebersamaan dan kesatuan pemikiran, kesatuan hati dan kesatuan tindakan yang walhasilnya dilihat berupaya mengangkat kualiti sesebuah masyarakat.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang sedang menjalankan fungsi sebagai Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md Amir.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1313