Varsity Boat Race 2023

Varsity Boat Race 2023

Varsity Boat Race (VBR) 2023 telah berlangsung mulai 3 Oktober 2023 yang lalu di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6, Putrajaya dan bakal melabuhkan tirainya pada 8 Oktober 2023 kelak.

Acara ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT pada petang tadi berkesempatan melawat lokasi sekaligus menyaksikan pertandingan VBR 2023.

Beliau turut berkesempatan menyaksikan sesi latihan wakil pasukan KPT yang akan bertanding pada esok hari bagi Acara Perahu Naga.

Seluruh warga KPT mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kementerian dan semoga berjaya beroleh kejuaraan! 💪🏻💪🏻💪🏻

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 797
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.