Universiti Awam Dan KPT Diskusi Kelestarian Kewangan Untuk Pendidikan Tinggi

Universiti Awam Dan KPT Diskusi Kelestarian Kewangan Untuk Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Kewangan telah menganjurkan Sesi Diskusi Kelestarian Kewangan bertempat di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Program tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, yang turut bertindak sebagai panel utama dalam sesi diskusi ini.

Program yang berlangsung siang tadi telah memfokuskan perbincangan kepada isu-isu kelestarian kewangan dalam konteks Universiti Awam (UA) negara.

Hadir sama para Pengerusi dan Lembaga Pengarah Universiti Awam (UA) serta barisan pengurusan tertinggi UA, yang telah membuat pembentangan serta turut berkongsi pandangan strategik berkaitan amalan terbaik dalam memastikan kestabilan kewangan institusi masing-masing.

Program ini bertujuan untuk mengenal pasti dan merangka langkah-langkah strategik bagi memastikan pengurusan kewangan yang mampan serta sesuai dengan keperluan semasa dalam ekosistem pendidikan tinggi di Malaysia. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1261
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim